Selamat Hari Guru


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, Mei 15, 2008

Peristiwa sewaktu pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Perempuan Sekolah Rendah Peringkat Negeri di SK Tapah





Pada 6 mei 2008 (selasa) telah diadakan satu Pertandingan Kawad Kaki Beruniform Perempuan Sekolah Rendah Peringkat Negeri di SK Tapah ini. Pertandingan ini disertai oleh sekolah-sekolah seluruh negeri Perak yang berjaya terpilih untuk mewakili daerah masing-masing. kesemua kumpulan peserta begitu bersemangat serta segak berpakaian uniform yang dipertandingkan masing-masing. Pertandingan ini bermula seawal jam 8.00 pagi bagi pendaftaran dan diakhiri dengan penyampaian sijil, medal serta piala pusingan dan majlis tamat pada pukul 2.30petang.

Rabu, April 16, 2008

Kumpulan Nasyid SK Tapah

Kumpulan Nasyid SK Tapah ini telah dididik dan diasuh oleh Pn. Zuraina Marzuki.
Hasilnya kumpulan ini telah mendapat tempat kedua dlm pertandingan nasyid majlis ihtifal dan mahrajan kesenian Islam peringkat daerah Batang Padang pada 19hb Mac lalu.

Selasa, April 15, 2008

Panitia Pendidikan Islam SK Tapah



Murid-murid SK Tapah kebanyakkannya adalah dari kaum orang asli,manakala Melayu hanya segelintir dan beberapa murid India. Tiada murid Cina yang bersekolah di sini. Oleh itu, peratus pencapaian bagi Pendidikan Agama Islam adalah ditahap yang memuaskan.